23 July 2022

AFDLIN SHAUKI SAH BERCERAI APRIL LALU SELEPAS 25 TAHUN KAHWIN: "INI TAKDIR ALLAH... TIADA SIAPA MAHU BERAKHIR BEGINI"



"Ketika pandemik melanda, kehidupan kami mula berubah. Kami cuba untuk menyelesaikan situasi itu pada tahun ini tetapi berlaku sebaliknya kerana tiada lagi persefahaman. Namun, kami masih bergelar ibu bapa kepada anak-anak dan memberi sokongan serta kasih sayang sebagai sebuah keluarga. Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabat dan saya juga akan lakukan perkara yang sama.


"Kami harap rakan-rakan dan ahli keluarga tidak bersedih dan orang ramai menerima berita ini sebagai satu perkara agak biasa yang dilalui segelintir pasangan," demikian kata bekas isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah yang mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu, selepas 25 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu didedahkan oleh Maria menerusi Instagram dimana tempoh iddah sudah pun tamat selepas mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada April. Menurut Maria lagi, hubungan mereka mula bermasalah ketika tempoh pandemik yang lalu serta tiada lagi persefahaman.

Sementara itu, Afdlin menyifatkan perceraiannya dengan bekas isteri sebagai takdir dan ketentuan Allah. Sepakat berpisah selepas hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga, Afdlin berkata, ketika ini fokusnya dan Maria adalah untuk terus bersama-sama membesarkan tiga anak-anak agar mereka tidak terkesan dengan perceraian yang berlaku.

Klik untuk gambar besar



"Ini adalah takdir Allah. Tiada siapa yang mahu hubungan rumah tangga berakhir begini (perceraian). Kami cuba yang terbaik untuk teruskan hidup demi anak-anak supaya mereka tidak rasa terkilan dengan apa yang terjadi.

"Walaupun sudah berpisah pada Ramadan lalu, kami masih menyambut Aidilfitri bersama. Kehidupan juga berjalan seperti biasa cuma bezanya kami tidak lagi bergelar suami-isteri," ujarnya.

Dalam pada itu, Afdlin berkata, dia tidak bersedia untuk berkongsi tentang punca keretakan rumah tangganya kepada umum. Sebaliknya kata pelakon filem 'Buli' itu, perkongsian bekas isteri di media sosialnya cukup menceritakan masalah yang membawa kepada perceraian mereka.



"Apa yang bekas isteri katakan di media sosial, kami telah persetujui bersama. Jadi tiada apa yang perlu saya katakan sekarang ini. Tunggulah, mungkin suatu hari apabila saya sudah bersedia, saya akan kongsi," ujarnya.

Meskipun sudah berusaha memperbaiki perkahwinan tersebut namun Maria dan Afdlin menganggap perceraian adalah keputusan paling baik selain masih mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak-anak mereka.

Untuk makluman, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mia Sara, Anaias dan Ileana Matin.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: