12 July 2022

AFDLIN SHAUKI: "AKU BERAGAMA ISLAM SANGAT TERKESAN & SEKERAS-KERASNYA MELAKNAT ORANG YANG HINA ISLAM"



"Kenapa saya berkata saya menentang penutupan adalah kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi. Semua orang ada kelebihan mereka yang di beri untuk mencari nafkah.


"So isu dia kita kena dakwa pesalah tu! Tapi bayangkan seorang datang ke tempat kerja awak dan tiba-tiba mendajal korang semua sampai tempat kerja semua kena tutup. Apa perasaan anda?

"Aku seorang beragama islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina islam. Di dunia memang patut di saman dan dipenjarakan , tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.

"Orang yang mengenali saya mengetahui komitmen saya kepada agama islam, kerja-kerja NGP di Palestin, Syria dan usaha saya untuk sentiasa memberi manafaat kepada orang di sekeliling saya. Yang tak mengenali saya, akan cakap apa saja yang diorang suka. Saya maafkan.

Klik untuk gambar besar



"So takpe, cakaplah awak nak cakap pasal saya. Tapi periksa dulu apa yang saya maksudkan. Tak pernah sekalipun saya cakap yang saya menyokong penghina Islam itu!

"Sekarang ni saya menyalahkan beliau kerana menghina agama islam! Dan menabur pasir di atas periuk nasik pengkarya yang cuba mencari sesuap nasi," demikianlah tulis pelawak dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menerusi muat naik terbaru di Facebook miliknya.

Kenyataan Afdlin itu berikutan dia dikecam dek kerana tidak bersetuju sebuah kelab komedi ditutup sementara berikutan kontroversi wanita menangalkan baju dan tudung.

Dalam kenyataan terbaru, Afdlin memberitahu dia tidak menyokong individu yang menghina Islam sebaliknya penutupan premis tersebut membabitkan periuk nasi orang lain.



Ini kerana kata Afdlin, sepatutnya pesalah tersebut yang perlu didakwa dan tidak perlu sampai menutup tempat orang lain mencari rezeki dengan membuat komedi di situ.

Pada masa sama, Afdlin juga menyelar tindakan tidak wanita itu yang menghina agama dimana ianya tidak boleh diterima. Malah, dia juga terkesan dengan tindakan individu itu yang menghina agama apatah lagi dia aktif melakukan kerja amal serta komitmen kepada agama Islam.

Dalam pada itu, Afdlin turut meminta orang ramai memahami dahulu kenyataannya itu apatah lagi tindakan wanita itu sekaligus menyukarkan orang lain mencari rezeki.

Terdahulu, seorang wanita tersebut mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya ketika membuat persembahan di kelab komedi berkenaan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: