"Saya sekarang di fasa tak takut berpisah dengan sesiapa sahaja. Kerana apabila perpisahan terjadi yang akan kehilangan bukan saya tapi orang yang tak menghargai saya," tulis isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera di sebuah video suntingan dalam Reels yang dikongsikan dimana dia memberitahu tidak takut akan perpisahan.
Status rumah tangga masih tinggal tanda tanya, Rossa atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyiah Asshaferah menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya memaklumkan pendiriannya itu.
Dalam kapsyen pula, Rossa memberitahu setiap wanita akan menyokong antara satu sama lain. Entri berkenaan mendapat perhatian pengikut serta warga maya yang rata-rata meminta agar dia terus kuat dan tabah.
"Setiap kali seorang wanita membela dirinya sendiri, dia membela semua wanita," kata Sera atau nama sebebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, Shuk berkongsi video yang dia hadir ke mahkamah syariah dengan baju kemeja serba hitam. Dalam rakaman itu, Shuk seakan seperti memberi bayangan rumah tangganya dengan isteri bakal menemui titik noktah.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tidak menjelaskan tujuannya ke mahkamah namun meletakkan tanda pagar (hashtag) melibatkan soal jodoh.
Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang.
________________________
No comments:
Post a Comment