11 July 2022

DIKECAM DEK KENYATAAN TOLAK KELAB KOMEDI DITUTUP - AFDLIN SHAUKI TAK TERKESAN



Pelawak dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki sebelum ini ada mengeluarkan kenyataannya menolak penutupan kelab Crackhouse Comedy Club oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, ada beberapa pihak termasuklah pelawak Shahrol Shiro menyatakan rasa kurang setuju dengan kenyataan Afdlin.


Afdlin hebat dikecam selepas menggunakan perumpamaan kolam renang untuk memberi contoh terhadap insiden wanita mengina agama Islam selepas pihak berkuasa mengarahkan kelab komedi itu ditutup buat sementara. Afdlin dalam kenyataannya itu, tidak bersetuju kelab komedi itu ditutup hanya kerana perbuatan seorang individu dan menjejaskan pelawak lain

Meskipun menerima kecaman, Afdlin tidak berasa terkesan apabila menjadi mangsa kecaman netizen berikutan Afdlin berkata, dia membuat kenyataan itu kerana berasa bimbang dengan nasib pelawak lain yang menjadikan kelab komedi itu sebagai tempat mencari rezeki.

Klik untuk gambar besar



Jelas Afdlin lagi, apa dikatakannya itu adalah berdasarkan pengalaman kerana beliau sendiri pernah memiliki sebuah kelab komedi sebelum ini.

"Sebagai pemilik, kita akan memberi peluang kepada pelawak baru untuk tonjol bakat masing-masing. Sekiranya kita sudah tahu apa yang mereka ingin lakukan, tetapi tiba-tiba apabila sudah berada di atas pentas perkara sebaliknya berlaku. Waktu itu apa yang boleh kita lakukan ialah tutup pembesar suara atau halau sahaja dia keluar," tuturnya.

Sementara itu, Afdlin berkata, beliau tidak mengambil pusing apabila situasi yang berlaku menyebabkan masyarakat mempertikaikan kredibilitinya dalam dunia politik. Sebaliknya, Afdlin memberitahu, apa dikatakan adalah pandangan dirinya dan beliau berhak berbuat demikian meskipun ada yang tidak bersetuju dengannya.



"Saya sedar saya dikecam di Facebook, saya tidak mempedulikannya kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan masing-masing. Netizen ada pendapat, begitu juga saya. Apa yang saya katakan itu tidak semestinya perlu dilakukan kerana ia satu pandangan. Saya bukan paksa sesiapa untuk ikut apa saya katakan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Afdlin menggesa berhenti menggelar wanita yang terlibat dalam kejadian menghina agama Islam itu sebagai pelawak. Kata Afdlin, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana ia mencemarkan komuniti pelawak berdiri tempatan malah tindakan Siti Amira Natasha Abdullah itu tidak melayakkan dirinya untuk dipanggil pelawak.

"Kita harus lihat semula apa tujuannya hadir ke tempat itu. Sama juga dengan individu yang merakam persemahannya, adakah suami atau kekasihnya. Selalunya penonton yang hadir menyaksikan persembahan komedi tidak membuat sebarang rakaman kerana hadir untuk mendengar lawak bukannya konsert," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: