18 July 2022

ANGGAP ISU DENGAN KAKAK IPAR SELESAI - ALI PUTEH KINI LEBIH TENANG & MATANG HADAPI CACIAN NETIZEN



"Ko ingat orang lupa apa kau buat karma itu ada. Allah pasti balas apa kau buat. Dengar cerita kakak ipar kau dah keluar Vellfire, dulu kemain tak kasi orang tu pakai."


"Hitaam dengan kakak ipar kau yang kau aniaya tu sampai kereta arwah pun kau ambil takut dia tak mampu bayar, sudahnya rezeki Allah dia dapat beli Vellfire hasil usaha dia."

"Kau tu dah lah hitam, hati pun hitam. Jangan nak bertopengkan syaitan acah-acah macam alim," tulis beberapa pengguna media sosial menerusi muatnaik di laman Instagram Ali Puteh sendiri, dimana ada di antara netizen yang menyifatkan situasi kakak iparnya pelawak itu, Nor Hidayah Mohd Ali itu adalah karma.

Kejayaan balu Allahyarham Abam Bocey ini membeli sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire hasil duit berniaga sendiri mengundang perhatian netizen. Bukan itu saja, Ali Puteh turut terpalit sekali lagi menerima kecaman netizen secara tidak langsung.

Klik untuk gambar besar



Ali bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya tampil menjawab cacian netizen dengan tenang: "Semangat dan terus kuat bila diperkatakan.. terima kasih atas kata kata yang sangat indah ni..," tuturnya.

Hidayah sebelum ini berkongsi beberapa fotonya bersama anak lelaki tunggal, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdiri di samping Vellfire yang baru dimilikinya.

"Alhamdulillah syukur berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun, daun sukun dan serum," kata Hidayah yang turut menjelaskan dia tidak membeli semula kereta arwah yang sudah dijual kepada pemilik baru.

Sementara itu, Ali yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini berkata, dia kini lebih matang dan fokus utamanya adalah pada kerjaya seni. Ujar Ali, meskipun menerima kecaman, dia kini lebih tenang selepas mengambil nasihat daripada rakan-rakan.



"Jadi kawan-kawan nasihat saya mereka cakap Ali ingat Allah itu ada sabarlah jangan tidak melulu lagi. Sebab kalau kita terlalu memikirkan benda tu dia akan jadi masalah pada kita, betul apa yang mereka cakap.

"Macam contoh Muzikal Lawak Superstar ini kalau saya memikirkan perkara tu sampai saya boleh hilang fokus untuk program buat apa. Jadi saya ambil langkah untuk enjoy dengan apa yang nak jadi sekarang untuk pertandingan macam ini saya perlu fokus sebab saya tahu ada mulut yang perlu saya suap," jelasnya.

Ditanya mengenai kenyataannya sebelum ini dimana dia bersedia untuk berbaik dengan kakak iparnya, Ali enggan lagi terlalu terbuka bercerita mengenai hal peribadi.

"Yang itu kita panggil cerita dalam kain, saya tak payah publish pun, tak perlu lagi dihebahkan di media. Saya anggap benda tu dah selesai," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: