24 July 2022

ARIFF BAHRAN LUAH RASA SYUKUR ISTERI SELAMAT LAHIRKAN ANAK LELAKI



Pada pukul 3.32 pagi Ahad, penyanyi Ariff Bahran telah pun bergelar seorang bapa selepas isterinya, Amirah Syzwani Ridzuan, 28, selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara, selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga.


"Alhamdulillah, kami sudah berasa bangga dengan kamu anakku," tulisnya.

Berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya, Ariff atau nama penuhnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dirinya sekeluarga.

Malah penyanyi itu turut berkongsi video memperlihatkan detik kelahiran bayinya selain gambar dirinya sedang mendukung anaknya di atas sebuah kerusi.

Klik untuk gambar besar



Tidak ketinggalan, Ariff turut mengucapkan penghargaan buat isterinya yang telah bersusah payah bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

"Awak sudah buat yang terbaik sayang, saya bangga dengan awak. Saya sangat mencintai awak," katanya.

Untuk makluman, Ariff dan Amira mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Jabaran Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam dalam suasana sederhana.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: