07 July 2022

BILA SAKINAH TAMPIL IMEJ HAMPIR BOTAK



"And the Oscars goes to: G.I Jane," tulis pelakon dan pengacara, Sharifah Sakinah pada sekeping foto yang memaparkan imej baharunya iaitu tampiL hampir botak. Selain dia seolah-olah mengibaratkan dirinya sebagai watak G.I Jane yang dilakonkan oleh pelakon Hollywood, Demi Moore.


Imej baharunya itu yang dilihat menarik perhatian ramai termasuk beberapa selebriti tempatan apabila ruangan komennya dipenuhi dengan pelbagai maklumbalas positf.

"OMG OMG (Oh My God) Kinah, 'style' (bergaya)," kata Hun Haqeem.

"Weh 'nice' (cantik) teruk," kata Hafreez Adam.

"Aku tak boleh 'move on' (teruskan), hensem (handsome)," kata Janna Nick.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata pegikut dan rakan artis memuji penampilan terbaharu Sakinah menerusi ruangan komen. Malah, ada diantara pengikutnya yang berseloroh dengan menyifatkan tindakan Sakiah itu akan menjimatkan masanya kerana sudah tidak perlu membuat dandanan rambut.

"Jimat masa tak perlu dah pergi salon, nak 'set' (dandan) rambut, nak 'blow' (keringkan) rambut. Tunggu rambut kering lepas 'workout' (bersenam) lepas ini kinah," kata mimi_khairi.

Ujar pengikut Sakinah, bukan semua wanita sesuai mempunyai rambut sedemikian. Tambah mereka, Sakinah masih nampak berkarisma dan cantik apabila rambutnya seakan lelaki.

Bukan itu sahaja, netizen turut menyatakan bahawa pelakon drama popular 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu seorang yang berani mencuba sesuatu yang baharu terutama dalam fesyen mahupun gaya rambut.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: