28 July 2022

BILA SHARNAAZ PASANG BODYGUARD, MAHU ELAK TERBABIT DALAM MASALAH LAGI



"Memang saya menggunakan khidmat pengawal peribadi, tetapi tujuan utama bukan kerana faktor keselamatan sebaliknya bagi mengawal saya. Ini supaya saya tidak terbabit dengan sebarang masalah pada masa akan datang. Jika rasa saya hendak terbabit dengan masalah, dia kena cepat-cepat tarik saya.


"Terpulang kepada sesiapa untuk membuat andaian masing-masing, namun saya perlukan seseorang untuk mengawal saya," itulah kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengambil pendekatan untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengelak sebarang masalah pada masa hadapan, selepas terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Sebelum ini, Sharnaaz direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang lelaki di kondominium di Segambut, di sini. Sharnaaz, 36, berkata, tugas pengawal peribadi itu lebih kepada mengawal dirinya dari terbabit dengan sebarang kontroversi selepas ini.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Sharnaaz yang kini bergelar pengacara program Muzikal Lawak Superstar mengakui dia gugup untuk beraksi di pentas. Katanya, dia terbuka dan bersedia untuk menerima kritikan selepas menjayakan tugas sebagai pengacara bersama gandingannya, Elly Mazlein.

"Semestinya saya berdebar-debar hendak menjayakan tanggungjawab sebagai pengacara. Saya keluar dari zon selesa untuk mencabar diri menjadi pengacara. Saya juga tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju. Saya pasti mesti ramai yang mengkritik namun saya sudah bersedia. Insya-Allah, saya akan memperbaiki diri untuk minggu seterusnya," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: