27 July 2022

AC MIZAL MENGAKU PERNAH MAKAN TISU WAKTU SUSAH - NETIZEN TAK PERCAYA, KATA MENGARUT



"Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya, tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam," ujar pengacara Datuk AC Mizal yang berkongsi kisah zaman kesempitan hidup yang pernah dialami bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida sekitar 20 tahun lalu sehingga mendapat perhatian orang ramai.


Menerusi video temu bual di program MH Throwback, AC Mizal mendedahkan dia pernah terpaksa makan tisu bersama kuah roti canai demi mengisi perut. Malah, isterinya juga tidak mengetahui apabila setiap waktu pagi rakannya akan mengajak untuk pergi makan sarapan tetapi dia menolak dan berkata dia sudah makan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen telah meragui kisah yang dikongsikan pengacara itu yang dianggap mustahil dan tidak mungkin dilakukan oleh seseorang individu.

"Nak bohong pun agak-agaklah.. Malaysia bukan macam negara Afrika," kata netizen.

"Mengarutlah. Bapak dia pegawai tinggi polis tak kan sampai makan tisu. Aku ni anak B40, hidup merantau seorang diri memang pernah susah sampai nak makan tak ada duit tapi tak ada lah sampai makan tisu," tulis seorang pengguna Facebook.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: