19 July 2022

DILAPOR HILANG SEJAK NOVEMBER - BEKAS PEMBACA BERITA, ZALINA AZMAN MASIH BELUM DITEMUI



Bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Azman sehingga kini masih belum dijumpai walaupun segala usaha mencari sudah dilakukan, sejak dilaporkan hilang pada November tahun lepas.


Menerusi laporan di Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, mengenai kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

"Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal. Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

Klik untuk gambar besar



"Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600. Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa," katanya.

Pihak polis juga turut membuat hebahan kepada umum berkaitan kehilangan bekas pembaca berita berusia 58 tahun itu bagi membantu siasatan. Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: