19 July 2022

POLIS MASIH TUNGGU KERJASAMA LUFYA BERHUBUNG KES CUBAAN CULIK ANAKNYA



"Kami masih menunggu kerjasama daripada pengadu (Lufya) untuk tindakan lanjut siasatan kes ini, meskipun percakapannya sudah dirakam," demikianlah kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang memaklumkan pihaknya masih menunggu kerjasama daripada pelakon Lufya Omar bagi siasatan lanjut berkenaan kes cubaan culik anak perempuannya, Laana Haura.


Bulan lalu, Lufya berkongsikan detik cemas mendakwa anak perempuannya itu nyaris diculik oleh seorang lelaki ketika berada di taman permainan di Kota Damansara pada 26 Jun lalu.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan tersebut turut mengambil kira dakwaan Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar dicederakan serta telah merakam percakapan pelakon itu.

Terdahulu, Lufya meluahkan rasa syukur anak dan dirinya selamat meskipun cedera di muka selepas mendakwa dia dipukul menggunakan batang kayu oleh lelaki berkenaan. Difahamkan, Lufya telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara kira-kira jam 6 pagi, 29 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: