16 July 2022

"INILAH ORANG MELAYU DENGKI" - VIDA DAKWA KEDAI BOBA CIK B DISIHIR, TERPAKSA TEBANG POKOK PISANG



"Saya nak cakap saya rasa tidak tercakap nak percaya atau tidak mahu percaya. Tapi saya nak beritahu sihir orang nampak kedai tutup, tak nampak kedai apabila saya pergi berubat, orang itu kata ada benda tergantung dekat pokok," demikianlah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang memuat naik video, mendakwa kedai air boba milik anaknya iaitu Cik B disihir.


Perkongsian Vida itu menjadi perhatian apabila usahawan itu meluahkan rasa pelik apabila ada pelanggan mengadu tidak menemui kedai Boba Lova Cik B itu sedangkan ianya terletak berhampiran dengan kawasan jalan raya.

Kata Vida lagi, ada pelanggan kecewa apabila sampai ke lokasi berkenaan mengatakan kedai ditutup sedangkan ia dibuka setiap hari. Jelasnya lagi, pada awalnya dia enggan percaya kedai tersebut telah disihir namun akhirnya percaya selepas berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam.

"Saya nak cakap saya rasa tidak tercakap nak percaya atau tidak mahu percaya. Tapi saya nak beritahu sihir orang nampak kedai tutup, tak nampak kedai apabila saya pergi berubat, orang itu kata ada benda tergantung dekat pokok," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video dikongsikan, Vida turut menunjukkan beberapa batang pokok pisang berdekatan dengan kedai dan individu yang menghantar sihir meletakkan 'barangan' tersebut pada pokok berkenaan.

Kata Vida lagi, dia sendiri ke lokasi kedai tersebut pada jam 3 pagi untuk membuang pokok pisang berkenaan. Dalam pada itu, Vida berkata dia tahu siapa yang melakukan perbuatan khianat itu namun tidak mahu memperbesarkan hal itu.

"Inilah orang Melayu dengki, nak tengok saya jatuh. Orang yang sebelum ini tiba-tiba ramai menjadi kosong. Bukan orang tak mahu datang, tapi mereka kecewa cari kedai tak jumpa," ujarnya.





________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: