"Mampu, nak kahwin lagi, kahwin je lah.. Netizen tak payah sibuk. Puteri Sarah terima jelah, Islam izinkan," tulis individu di Instagram Xtra mengenai kemampuan suaminya berpoligami.
Individu itu meminta pelakon Puteri Sarah menerima hubungan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar memandangkan pengarah filem 'Mat Kilau' tersebut mampu untuk berkahwin lagi.
Puteri Sarah bagaimanapun dilihat ada membalas komen netizen tersebut dengan meminta individu itu membezakan antara kahwin dengan dengan bermaksiat selama empat tahun.
"Islam suruh kahwin cepat, bukan bermaksiat empat tahun. Ada beza tu," balas Sarah.
Klik untuk gambar besar
Minggu lalu, Puteri Sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi).
Sejak bulan lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar.
Ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.
________ IKLAN ________
JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.
Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!
Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.
Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher pembelian barangan pertama secara percuma...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment