30 July 2022

ISU ROGOL REMAJA BAWAH UMUR - USTAZ KAZIM ELIAS BERANG KENA TUDUH



Kecoh satu berita beberapa hari lalu mengenai seorang penceramah bebas berusia 30-an yang dikenali ramai telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.


Secara tidak langsung segelintir netizen telah membuat spekulasi sendiri dengan meneka siapakah gerangan 'ustaz' berkenaan hinggakan nama pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias turut tempias dengan isu tersebut.

Ustaz Kazim meluahkan rasa berang apabila namanya dikaitkan dengan isu terbabit kerana tuduhan merogol itu sememangnya satu tuduhan yang amat berat. Disebabkan hal ini mampu memburukkan imej baiknya terus-menerus oleh individu tidak bertanggungjawab terbabit, Ustaz Kazim tidak mendiamkan diri.

"Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya. Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut," katanya.

Dalam pada itu, pendakwa itu turut meluahkan rasa kecewa serta terkilan dengan sesetengah pihak media yang tidak jelas apabila menyampaikan cerita terbabit hingga menimbulkan fitnah.

Menerusi ceramahnya, Ustaz Kazim menegur pihak media agar bersikap adil kepada semua golongan dan tidak menggantungkan sesuatu laporan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: