30 July 2022

KINI RASMI SEBAGAI TENTERA UDARA AS - SARAH HILDEBRAND JAWAB PERSOALAN SOLAT & AMALAN ISLAM DI KEM



Jika sebelum ini, pelakon Sarah Hildebrand mengumumkan dirinya sudah bersara dari industri seni, kini dia memaklumkan dirinya secara rasmi berjaya menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).


Biarpun ramai yang mengucapkan tahniah terhadap wanita itu, dalam masa sama, ada yang menanyakan sama ada Sarah ada berhadapan dengan dengan diskriminasi budaya atau agama memandangkan dia beragama Islam.

Dalam pada itu, netizen turut risau tentang amalan ajaran Islam Sarah di kem tentara tersebut tapi Sarah pertahankan bahawa rakan-rakan setugasnya sangat menghormatinya.

Klik untuk gambar besar



Ditanya tujuan utama menyertai Tentera Udara A.S, Sarah memberitahu semuanya bermula selepas dia melihat perintah berkurung di Malaysia yang dikatakan sangat teruk.

Tambahannya lagi, keputusan dia memasuki tentera udara ini turut disokong oleh kedua-dua ibu bapanya serta mereka juga berasa bangga dengan anak perempuan mereka ini.

Untuk makluman, Sarah ada membuat satu perkongsiaan bahawa dirinya kini menyertai Tentera Udara A.S, sekaligus berita itu telah menarik perhatian ramai untuk mengucap tahniah serta meninggalkan pandangan sendiri di ruangan komen.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: