12 July 2022

NETIZEN KECAM RISTEENA TAK SENSITIF KONGSI VIDEO LEMBU BARU DIKORBANKAN



Ramai yang tidak melepaskan peluang memuat naik momen di media sosial berkaitan sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, termasuklah pelakon Nur Risteena yang tidak ketinggalan berkongsikan video meraikan hari raya korban buat tatapan peminat.


Risteena menerusi entri di laman Instagram miliknya telah mengucapkan terima kasih kepada adiknya yang juga pelakon, Ruhainies kerana membuat sedekah korban untuk seisi keluarga. Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Isa Khan itu turut mendoakan adiknya itu dilimpahkan rezeki.

"Salam AidilAdha❤️ Terima kasih @ruhainies7 sedekah kan korban untuk satu family. Semoga terus dilimpahkan rezeki seluas lautan🤲🏻," tulis Risteena.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, perkongsian video pelakon itu memaparkan keadaan lembu yang baru disembelih menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga dikecam.

Diruangan komen, ada yang mendakwa tindakan pelakon itu memuat naik video berkenaan dikatakan tidak sensitif serta meminta supaya memadam video tersebut.

Mungkin sedar perkongsiannya itu dikecam, Risteena bertindak menutup ruangan komen selepas beberapa jam video itu dimuat naik.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: