12 July 2022

"SAYA BERAYA DENGAN CIK C0V1D... AKHIRNYA TUMPAS JUA" - WANY HASRITA JALANI KUARATIN BERSAMA IBU



"Selamat Hari Raya Aidiladha! Lambat sikit wish tak mengapa eh, sbb sy beraya dgn cik C0V1D. 😂 akhirnya dah berapa tahun, tumpas juaaa. Setakat ni symptom nya, start headache mcm migraine gitu, terus buat saliva test. Bam! Double line! Diikuti pula dgn demam, batuk dan selsema baru jadi semalam. :') oh ya, diarrhea since sabtu. Weeeeeee


"Elok pulak timing waktu gini nak kena ya. Tak ngapalah, Alhamdulillah, mogaaa Allah hapuskan dosaaa-dosaa & gantikan kesihatan dgn lebih baikkk. InsyaAllah aamiin! Yangg penah positif cuba share sikittt yang palinggg tak bolehhh tolerate sakit yang mana. Wany, migraine & batuk.

"Aduuu sakit dada. :')," itulah tulis penyanyi Wany Hasrita menerusi laman Instagram dimana dia mengumumkan dirinya buat kali pertama disahkan dijangkiti wabak C0V1D, selepas dua tahun pandemik melanda.

Penyanyi lagu 'Menahan Rindu' itu turut memaklumkan ibunya juga positif C0V1D menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram Story (IGs). Bagaimanapun, Wany, 29, tidak menyatakan secara terperinci bila dia dan ibunya, dijangkiti virus berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Hai... Assalamualaikum semua. Hari ini, saya sepatutnya ada majlis makan tengahari bersama media untuk single baharu 'Ku Cuma'. Tetapi, apakan daya, saya tidak dapat pergi kerana positif C0V1D untuk pertama kalinya. Akhirnya, saya sedang menjalani kuarantin di rumah bersama ibu saya.

"Ibu baru lepas sihat dan saya masih ada batuk-batuk dan selesema serta yang demam 'on and off'. Salah satu lagi simptom saya adalah cirit-birit," katanya.

Sementara itu, pengurus Wany yang dikenali sebagai Amy berkata, penyanyi itu mula mengadu tidak sihat, Sabtu lalu.


"Selepas melakukan ujian kendiri, Wany mendapati dirinya positif C0V1D hingga terpaksa membatalkan komitmen dengan stesen radio, Suria FM pada saat-saat akhir.

"Jika diikutkan, hari ini, Wany pergi ke majlis pelancaran single 'Ku Cuma'. Bagaimanapun, keadaan Wany masih tidak okay dan demam. Jadi, Wany terpaksa batalkan hasrat memeriahkan acara hari ini kerana perlu berehat," katanya.

Sepatutnya, Wany yang juga artis FMC Music, menjayakan acara santai bersama artis naungan syarikat itu seperti Haqiem Rusli dan Tuan Adzmi termasuk rakan duetnya untuk lagu 'Ku Cuma', Datuk Jamal Abdillah di salah sebuah hotel di ibu negara, tengah hari tadi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: