04 July 2022

NETIZEN TEGUR INTAN NAJUWA PAKAI BAJU NAMPAK BAHAGIAN PERUT & PAHA



Pelakon Intan Najuwa menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada berkongsi gambarnya bercuti di sebuah lokasi. Melihat pada gambar tersebut, Intan dilihat mengenakan busana rona hijau dimana bahagian perut dan peha dari sisi yang sedikit terdedah.


Turut disertakan kapsyen dimana pelakon itu berkata dia sangat memerlukan percutian apatah lagi sebelum ini Intan sibuk dengan jadualnya yang padat sebagai pelakon serta pelajar.

Bagaimanapun, penampilan Intan telah menimbulkan rasa kurang senang netizen didakwa semakin seksi. Diruangan komen, ada yang mempersoalkan ketika di awal kemunculan Intan dilihat sopan sahaja jika dibandingkan sekarang yang berpakaian yang didakwa agak terdedah.

Ada juga netizen menegur pelakon itu supaya menjaga cara berpakaian serta tidak menaikkan nafsu lelaki. Meskipun ada yang mengecam, namun ramai yang memuji kecantikan pelakon itu. Bagaimanapun, Intan dilihat tidak memberikan sebarang respon mengenai teguran netizen itu.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: