20 July 2022

PENGGUNA TIKTOK DAKWA PENCERAMAH BEBAS & REMAJA KENAL MELALUI IG, BUAT HUBUNGAN SEKSUAL SUKA SAMA SUKA?



Umum sedia maklum mengenai seorang penceramah bebas popular yang ditahan selepas didakwa merogol remaja perempuan 14 tahun. Namun, sejak semalam tular mengenai perkongsian seorang wanita mengenai seorang penceramah bebas dan remaja terbabit.


Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok itu, penceramah berkenaan didakwa memiliki lebih dari seorang isteri namun didakwa tergamak melakukan perbuatan terkutuk terhadap remaja bawah umur itu.

Pengguna TikTok itu juga turut mendedahkan kronologi hubungan antara penceramah dengan mangsa yang dikenali melalui Instagram. Dakwa pengguna itu, pada awalnya remaja tersebut bertanyakan soal agama menerusi DM di Instagram kemudian diberikan nombor telefon oleh penceramah berusia 30an itu.

"Kemudian, sampai satu hari ustaz umpan cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan. Budak mentah macam tu apa tau. Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dakwa pengguna itu lagi, penceramah bebas dan gadis berkenaan sudah beberapa kali melakukan hubungan seksual atas dasar suka sama suka. Bagaimanapun, selepas perbuatan terkutuk itu diketahui pihak keluarga, mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis memandangkan remaj itu masih di bawah umur.

Difahamkan, pengguan itu yang mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada ibu mangsa berkata dia tidak sanggup membaca mesej perbualan jijik penceramah bergelar ustaz dengan kanak-kanak itu.

Dalam satu perkongsian, pengguna itu turut menyindir perbuatan ustaz itu dengan mengatakan lelaki itu pandai memberi ceramah sedangkan diri sendiri perangai seperti iblis.

Terdahulu, pencemarah bebas itu direman selama lima hari hingga 23 Julai dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: