"Ketika di kaunter semasa hendak memesan makanan, dia toleh belakang, ke kiri dan kanan. Agak mencurigakan. Apabila saya tanya dia okey atau tidak, dia hanya mendiamkan diri sahaja.
"Pekerja yang lain meminta wanita tersebut untuk duduk dan tenangkan diri dulu sebelum membuat pesanan. Dia tidak banyak bercakap tapi apa yang keluar daripada mulutnya adalah 'saya takut besi'. Bercakap dalam keadaan takut, macam ada benda yang berlaku," demikian tulis seorang pengguna Twitter.
Individu dikenali sebagai Mosyuki Borhan mendakwa melihat wanita seperti bekas personaliti TV3, Zalina Azman pada Ahad lalu di kafe miliknya iaitu Dos Cafe yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam kira-kira jam 1 petang dalam keadaan menggigil ketakutan.
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai berita mengenai bekas pembaca berita itu yang dilaporkan hilang sejak 8 bulan lalu.
Klik untuk gambar besar
Kata lelaki itu lagi, wanita itu kelihatan takut untuk masuk ke restorannya serta berdiri lama di hadapan pintu. Malah, wanita itu memberitahu dirinya takut pada besi mungki disebabkan didalam kedainya besi yang banyak terutama di pintu masuk.
Dedahnya lagi, wanita tersebut berjalan laju seperti tiada arah tuju namun seolah mencari sesuatu. Menurut Mosyuki lagi, dia turut terkejut apabila mengetahui mengenai perwatakan, saiz tubuh badan serta warna kulit dan pemakaian wanita itu sama seperti bekas pembaca berita yang dilaporkan hilang.
Meskipun belum dipastikan wanita tersebut adalah bekas personaliti yang hilang, namun dia berharap pihak polis dapat menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi membantu misi pencarian Zalina.
________________________
No comments:
Post a Comment