21 July 2022

WANITA DI HOTEL & KAFE - POLIS SAHKAN BUKAN ZALINA AZMAN TAPI GELANDANGAN



"Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja cafe itu dan mendapati (wanita) yang datang ke cafe berkenaan adalah gelandangan yang dijumpai di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14. Pihak kami (polis) ada jumpa (wanita itu) di taman tasik berkenaan.


"Siasatan mendapati, semua (yang ditemui) adalah orang yang sama dan bukan Zalina," itulah jelas Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan wanita yang ditemui di beberapa lokasi sekitar Shah Alam termasuk di sebuah restoran, hotel itu bukan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang hilang seperti didakwa.

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati wanita yang ditemui orang awam itu adalah seorang gelandangan dan pihaknya sudah pun berjumpa dengan wanita tersebut.

Klik untuk gambar besar



Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai berita kehilangan Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak 8 bulan lalu. Semalam, tular perkongsian di media sosial ada idividu mendakwa menemuai wanita dipercayai bekas pembaca berita itu di sebuah kafe dan didakwa seolah-olah berada dalam keadaan tidak sihat dan menggigil ketakutan.

Polis mendedahkan rakaman litar tertutup (CCTV) mirip Zalina memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu. Menerusi rakaman itu, wanita tersebut berpakaian serba hitam berjalan masuk di ruangan lobi sambil membawa dua buah beg. Dalam pada itu, pihak polis turut memuji usaha dan niat baik orang ramai yang membantu pihak berkuasa untuk menjejaki Zalina.

"Niat (orang awam) baik untuk membantu cuma individu itu bukan Zalina. Pihak polis mengalu-alukan orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: