21 July 2022

PERKONGSIAN DI IG - MIZZ NINA NAFI ADA KAITAN DENGAN RUMAH TANGGANYA



"Ini bukan kenyataan saya, ini adalah paparan yang dimuat naik semula daripada sebuah aplikasi iaitu Qalbyapp FB (Facebook). Saya sentiasa memuat naik perkongsian sebegini dan bukan pada ketika ini saja," demikianlah tulis selebriti Mizz Nina yang menafikan perkongsian di laman Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.


Isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu menerusi ruangan komen membidas paparan yang dimuat naik beberapa hari ini memberi gambaran rumah tangganya dikatakan retak menanti belah.

Mizz Nina terus mencetuskan spekulasi hingga ada yang beranggapan hantaran dimuat naik menerusi akaun Instargam (IG) mempunyai kaitan gosip krisis rumah tangga bersama suaminya yang kini menjadi bualan hangat.

Menerusi perkongsian dimuat naik semula Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkenaan, ia seolah memberi bayangan yang dirinya kini berdepan dengan situasi sukar dan mengharap petunjuk dari Allah sebagai jalan penyelesaian.

"Sesetengah perkara berlaku dalam hidup, naik atau turun, kesukaran dan dipermudahkan, semuanya Allah hantar sebagai petunjuk adakah kita berada di landasan yang benar.

Klik untuk gambar besar



"Allah tidak berkomunikasi dengan kita seperti berbicara dengan nabi, tetapi ada tanda diberikan untuk kita lihat, renung dan bertindak ke atasnya.

"Bila melakukan sesuatu dan berasa tenang dengannya, itu bermakna kita melakukannya dengan baik dan betul. Itu membawa petanda, Allah sedang membimbing kita.

"Bagaimanapun, jika masih lagi kabur atau berasa was-was apakah berada di jalan yang benar, bacalah ayat Sakeenah, panjatkan doa kepada Allah dan perhatikan sekeliling untuk mencari petunjuk dan apa yang dirasakan," tulisnya.

Untuk makluman, Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sebelum ini Noh menafikan krisis rumah tangga dialami dan menegaskan bahawa dakwaan itu sebagai berita palsu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: