21 July 2022

PENGURUS: "SAYA YANG DUK KIRA DUIT DIA (PUTERI SARAH)... SAYA TAU LA DIA TAK HERAN PUN TITLE 'KAYA' TU"



Kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sejak sebulan lalu menjadi perhatian di media sosial. Malah, baru-baru ini Puteri Sarah memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas memuat naik hantaran didakwa berunsur fitnah.


Bagaimanapun, individu itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu serta tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berkaitan pelakon itu.

Terbaru, pengurus kepada Puteri Sarah iaitu Emi Mat Rozekhi telah tampil bersuara mengenai netizen yang bercakap tidak benar mengenai rumah tangga aktres itu. Kenyataan tersebut turut dikongsikan Puteri Sarah menerusi Insta Story sehingga menjadi perhatian.

Klik untuk gambar besar



Menerusi Insta Story miliknya, Emi mengingatkan netizen di luar sana supaya berhati-hati sebelum menulis komen. Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan netizen mendakwa Puteri Sarah enggan bercerai kerana kekayaan suaminya sedangkan dia tahu selama ini aktres itu bekerja keras.

"Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.

"Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri,” tulisnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: