22 July 2022

"SAYA DAH BOLEH 'MOVE ON' TANPA DIA DI SISI" - SHAKILLA AKUI HATI KINI SUDAH TERTUTUP SEPENUHNYA BUAT FIZI



"Jujur saya katakan saya dah boleh 'move on' (teruskan hidup) tanpa dia (suami) di sisi. Hati saya dah tertutup buatnya. Kalau ditanya, ya saya masih sayangkan dia, tetapi bukan mencintainya. Begitu juga dia. Kami sudah tiada hati antara satu sama lain.


"Perasaan sayang yang masih berbekas dalam hati ini pun disebabkan dia masih bapa kepada anak kami, Ameena, selebihnya tiada," itulah kata pelakon Shakilla Khoriri yang akui hatinya sudah tertutup dan tidak mungkin akan kembali kepada bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali.

Hampir 8 bulan bergelar ibu tunggal, Shakilla berkata sebelum ini dia pernah terbuka untuk menerima semula bekas suami itu namun kini sudah tertutup sepenuhnya.

Sama seperti wanita lain di luar sana yang dambakan kebahagiaan, Shakilla memberitahu dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana lekaki lain. Bagaimanapun, buat masa ini Shakilla berkata dia mahu memberi fokus pada kerjaya dan anak tunggalnya, Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.

Klik untuk gambar besar



"Saya juga mahukan kebahagiaan. Saya juga dambakan sebuah perkahwinan dan kehidupan yang pada akhirnya membahagiakan. Saya tak pernah nak tutup hati buat mana-mana lelaki lain. Asalkan dia dapat menerima dan faham saya serta anak seadanya, sudah cukup memadai.

"Buat masa sekarang, saya enjoy (nikmati) kerja yang saya lakukan. Tawaran lakonan juga Alhamdulillah tidak putus. Ini rezeki buat saya dan anak. Bekas suami juga banyak membantu dan tak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa walau kami sudah berpisah dan tidak lagi bersama," ujarnya.

Untuk makluman, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada pertengahan Disember tahun lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: