02 July 2022

"SAYA MEMANG TAK CEMBURU" - ELLIE SURIATY ENGGAN RUJUK, TAK KISAH ISU AZRI ISKANDAR NAK KAHWIN



"Pasal cemburu, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan. Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.


"Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri," ujar pelakon dan pengarah Ellie Suriaty yang menjelaskan dia tidak cemburu, malah berharap agar bekas suamiya, pelakon Azri Iskandar berkahwin sebaik sahaja tempoh edahnya habis.

Meskipun sudah 19 tahun hidup bersama, Ellie berkata keputusan untuk merujuk tiada dalam prinsip hidupnya dan dia tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh bekas suaminya, pelakon Azri Iskandar. Kata Ellie lagi, dia berharap Azri tidak memperjudikan erti perkahwinan dan hidup seseorang serta mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan perkahwinan.

Klik untuk gambar besar



"Untuk saya pula, bila sudah buat keputusan tak nak menyesal. Tak nak patah balik. Saya tak nak ada perkataan jikalau. Ia hanya perlu ya atau tidak sahaja. Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang," katanya.

Terdahulu, nama Azri hangat diiperkatakan selepas mengejutkan ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Dr Azra Diera setelah 12 hari bercerai dengan Ellie.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: