02 July 2022

SERA MINTA SHUK JAGA DIRI & TERUS KUAT: "KITA SAMA-SAMA MOVE ON"



Baru-baru ini, perkongsian pelawak Shuk Sahar menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok berada di mahkamah bersama seorang peguam kerana rata-rata tahu pergolakan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.


Dalam video tersebut, Shuk memakai kemeja hitam dan bersongkok serta seolah memberi bayangan tentang status rumah tangganya dengan isteri yang sedang bergolak.

Terbaru, Rossalennah atau lebih mesra disapa Rossa Sera juga ada berkongsikan video di TikTok dimana memaparkan dirinya memegang sejambak bunga, selain meminta Shuk supaya menjaga diri dan terus kuat.

Klik untuk gambar besar



Sera berkata, dia akan sentiasa mendoakan dan menyokong Shuk supaya boleh bekerja lebih kuat demi anak-anak mereka. Dalam padsa itu, Seria juga berkongsi paparan skrin (screenshot) yang memaparkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar memohon agar diberi peluang untuk berubah ke arah lebih baik.

"Berubah la Shukri. Aku tak pernah melarang. Aku sampai hari ini selalu nasihat dan menyokong kau pun. Saya tengah nak berubah. Saya nak jadi orang baik. Saya janji tak akan kahwin. Saya tengah usahakan. Untuk saya nak balik. Saya akan bagi awak dan anak-anak senang. Awak tak tahu apa saya lalui.

"Saya sakit. Saya sunyi. Kalau saya tak kuat. Demi Allah, Lillahi Ta’ala bahagia saya memang awak. Cuma saya bodoh tertipu dengan bahagia yang palsu. Saya minta maaf," katanya.



Perkongsian Sera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan kecekalan hati wanita itu. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sebak melihat Sera serta mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu terus kuat menghadapi dugaan tersebut.

Di ruangan komen, warganet mengingatkan Sera untuk tidak termakan dengan pujuk rayu Shuk yang sudah beberapa kali kantoi curang. Di samping itu, pengikut juga mendoakan agar urusan Sera dipermudahkan dan satu hari nanti akan menemui cinta sejati.

Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu. Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: