10 July 2022

SEKITAR MAJLIS AQIQAH 'BUNGA ELHAQ', ANAK ELISYA SANDHA & UZAIR HAQIMY



"Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq. Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers and susukan you. Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you today.


"MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang 🤍 when you grow up, you can read, I want you to read this message and ingat pesan mummy, jaga lah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terima lah kekurangannya jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.

"Selamat Hari Raya Korban daripada kami bertiga, Alhamdulillah 🥰 my nice white abaya from @abayalubnaa ❤️," tulis pelakon Elisya Sandha pada sekeping foto majlis aqiqah yang diadakan buat anaknya, Bunga Elhaq yang berlangsung hari ini.

Melihat pada foto yang dikongsikan, Elisya yang selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 18 Jun lalu itu tampil anggun dalam busana berona putih sempena majlis tersebut.

Klik untuk gambar besar



Memilih tarikh sempena Aidiladha, Elisya berkata, tahun 2022 menjadi tahun pengorbanan paling besar buat dirinya sebagai ibu dan suami, pengarah Uzair Haqimy. Menurut Elisya, dia berharap apabila anaknya sudah semakin membesar dapat menjaga hati ramai orang selain menghargai pengorbanan mereka.

Dalam masa sama, Elisya turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh peminatnya. Untuk makluman, Elisya dan suaminya Uzair Haqimy berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.

Menarik perhatian, bayi berusia kurang sebulan itu memiliki hampir 50,000 pengikut di Instagram. Pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah dan memuji Bunga sebagai bayi yang comel.

"Masha-Allah comelnya Bunga. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua orang tua kelak." - "Alahai comel betul Bunga. Betul kata Fasha macam muka Aisha. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dunia akhirat, amin," antara komen netizen.


















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: