10 July 2022

TRAUMA KENA SIHIR, HUBUNGAN SUAMI ISTERI JADI DINGIN - IEDA MOIN BERSYUKUR PULIH, SETIAP HARI PASANG SURAH AL-BAQARAH



"Dulu ya saya terfikir kena sihir sebab muka hadapi masalah kulit, bila di rumah semua okay pula. Apabila nak mula bekerja muka akan jadi lain, ada masalah kulit dan jadi gatal-gatal... ramai kawan yang suruh pergi buat pemeriksaan.


"Sekarang Alhamdulilah semua kembali seperti biasa... tapi saya masih lagi dalam keadaan fobia dan setiap hari dengarkan ayat suci al-Quran dalam rumah. Sepatutnya bila zaman sudah moden ini perkara sihir seperti ini hilang tetapi sebaliknya makin banyak pula, jadi perkara ini membuatkan saya trauma dan takut.

"Saya amat berhati-hati sampai tahap bila nak makan, bila ziarah ke rumah kawan pun jadi takut juga," itulah kata pelawak Ieda Moin yang meluahkan rasa syukur apabila dia dan keluarga kini sudah pulih daripada gangguan sihir.

Kata Ieda, kesan daripada gangguan itu mengakibatkan kulit mukanya gatal-gatal dan hubungan suami isteri menjadi dingin. Meskipun isu ini sudah lama berlaku, Ieda berkata dia memilih untuk lebih berhati-hati kerana bimbang peristiwa hitam itu berulang kembali.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: