10 July 2022

SETIAP KALI TIBANYA RAYA KORBAN, ERRA FAZIRA TERKENANG MEMORI INDAH KETIKA TUNAI HAJI



"Setiap kali tibanya raya korban, pastinya saya terkenang memori indah ketika menyambut hari raya Aidiladha di negara kita. Sukar untuk saya ungkapkan perasaan itu. Sambutan Aidiladha di sana lebih meriah di sana kerana itu yang digalakkan dalam Islam. Jika diberikan kesempatan dan rezeki, saya ingin ke sana untuk merasai semula pengalaman itu.


"Sambutan Aidiladha saya biasa saja, hanya berkumpul bersama kaum keluarga. Akhirnya selepas dua tahun, kita semua dapat berkumpul kembali," tutur primadona terkenal, Erra Fazira yang mengimbas kembali memori mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Erra mengakui perasaan itu timbul setiap kali sambutan Hari Raya Aidiladha. Setelah dua tahun beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kali ini nampaknya Hari Raya Aidiladha disambut meriah dan penuh kesyukuran.

Berkongsi mengenai definisi pengorbanan, Erra bersyukur dengan pengalaman dan cabaran yang ditempuh menjadikan dirinya matang seperti hari ini.

"Erti pengorbanan itu meluas, tidak hanya tertakluk pada satu aspek saja. Alhamdulillah.. saya bersyukur dengan ujian dan cabaran sehingga menjadikan saya insan seperti hari ini. Tiada perkara yang saya sesali sebaliknya berlapang dada kerana mematangkan setiap tindak tanduk saya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: