09 July 2022

LUAHAN KESAL PERSATUAN SIKH - PRODUKSI 'MAT KILAU' KATA PERLU TERIMA HAKIKAT APA YANG BERLAKU DALAM SEJARAH



Baru-baru ini, tular isu kekesalan Persatuan Sikh Malaysia berhubung watak askar British daripada kaum Sikh yang dikatakan boleh mewujudkan salah faham terhadap agama dan kaum dalam negara yang dipaparkan menerusi filem arahan Syamsul Yusof iaitu 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan'.


Dalam satu kenyataan di Facebook, mereka seolah-olah kecewa apabila filem terbabit mempamerkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat.

Berhubung isu tersebut, produksi Studio Kembara yang menerbitkan filem berkenaan mengesahkan tiada keperluan buat masa ini untuk berjumpa wakil dari Persatuan terbabit yang mendakwa kontroversi dicetuskan filem terbabit.

Pengarah Urusannya, Abdul Rahman Mt Dali, 62, berkata, beliau tidak terfikir lagi untuk berbuat demikian memandangkan apa yang dipaparkan dalam filem ini berdasarkan fakta.

"Pertamanya, ini ialah fakta sejarah yang tak dapat dinafikan. Jadi macam mana kita nak buat filem kalau bukan begitu kita gambarkan. Takkan saya nak letak askar Melayu atau Inggeris (dalam babak terbabit).

Klik untuk gambar besar



"Itu lagilah satu penipuan sejarah. Semua orang kena terimalah hakikat apa yang berlaku dalam sejarah. Jadi tak perlu nak rasa marah atau sebagainya. Kalau nak marah, bukan marah kepada kita (orang Melayu) atau saya tapi kepada orang Inggeris," katanya.

Abdul Rahman berkata, keduanya filem adalah hiburan dan orang rasional tidak akan merasa ia sebagai satu perkara yang boleh membangkitkan perpecahan kaum atau sentimen dan sebagainya.

"Ia sama juga seperti Hollywood gambarkan pihak-pihak mereka yang kadang-kadang tak betul pun," ujarnya.

Menurut Persatuan Sikh Malaysia sebelum ini, babak kontroversi dalam filem 'Mat Kilau' itu menyebabkan mereka kurang senang dengan sentimen dipaparkan walaupun hanya rekaan.


Turut dipersoalkan babak askar Sikh yang bertindak kasar dengan mencederakan orang tua, kanak-kanak dan golongan tidak berdaya dalam filem berkenaan.

"Filem mengenai tokoh sejarah Mat Kilau tetapi malangnya ia menggambarkan kaum dan agama lain sebagai penjahat. Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum," kata mereka.

"Bahagian itu ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik. Kod amalan Sikh melarang melakukan kekerasan ke atas orang tua, kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya walaupun sewaktu berperang.

"Kami dengan rendah hati menggesa industri filem Malaysia untuk tidak menghasilkan filem yang mempunyai sentimen agama dan kaum. Sekali gus berpotensi menimbulkan salah faham terhadap agama dan kaum." tuturnya.

Filem yang ditayangkan sejak 23 Jun lalu itu kini memasuki 17 hari tayangan dan berjaya mengaut kutipan RM61 juta setakat ini.


________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: