"Hanya kerana video lapan saat itu heboh diperkatakan orang. Bukannya ada perbuatan keterlaluan seperti duduk di atas riba atau babak atas katil. Orang tak tahu keadaan sebenar. Ketika video itu dirakam, bukannya kami berdua. Malah saya juga tidak duduk rapat dengan Anna.
"Apa yang saya boleh cakap, ia bukanlah seperti yang diperkatakan. Saya sedar pandangan orang mesti ada sahaja yang tidak kena," itulah kata pendakwah selebriti Da'i Syed.
Baru-baru ini, tular perkongsian video oleh Da'i Syed bersama pelakon Anna Jobling menimbulkan rasa kurang senang netizen. Rata-rata netizen mengecam pendakwah itu tidak menjaga ikhtilat serta boleh menimbulkan fitnah apabila duduk rapat seperti itu.
Da'i Syed berkata, video tersebut bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan dia tidak mampu menutup mulut netizen dari terus bercakap. Dalam pada itu, Syed enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut serta memaklumkan dia terlibat dalam satu drama terbaru bersama Anna.
Klik untuk gambar besar
"Saya dan Anna sama-sama terlibat dalam sebuah drama baru. Dalam drama tersebut saya membawa watak ustaz memakai kopiah. Sebab itu orang anggap saya mencemarkan imej tersebut.
"Kami rakam video itu sekadar suka-suka untuk media sosial. Dalam masa sama boleh beritahu kepada orang ramai tentang drama terbaru lakonan kami," ujarnya.
Sementara itu, Da'i Syed juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam perkongsiannya selepas ini serta mengakui terkesan dengan kata-kata negatif dilemparkan netizen.
________ IKLAN ________
JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.
Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!
Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.
Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher pembelian barangan pertama secara percuma...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment