09 July 2022

AWIE MINTA JANGAN BANDINGKAN PEMAIN GITAR BAHARU MEREKA, EDRIE DENGAN JOE



Penyanyi utama kumpulan legenda Wings iaitu Datuk Awie, meminta agar peminat tidak membandingkan antara pemain gitar terbaru mereka Edrie dengan Joe. Menurutnya, Wings masih lagi berdiri kukuh dan kehadiran Edrie yang kini diserapkan sebagai anggota tetap pasti menambahkan lagi kekuatan mereka.


"Jangan samakan mereka. Masing-masing ada bakat besar. Moga kemasukan Edrie dapat mewarnai lagi muzik dalam Wings. Doakan sama-sama semoga kami berlima akan terus bersama hingga ke jannah. Dalam masa sama, peminat juga perlu melihat pada perubahan masa. Adakah album yang Syam main sama macam album yang Joe main?

"Sudah tentu tidak. Jadi apabila Joe tiada dah tentu bunyinya tak sama. Sekarang kita ada dua pemain gitar dan ada dua bunyi yang berbeza. Jadi kita akan mengekalkan pemain gitar yang bagus, dengan bunyi yang bagus dan disukai oleh kedua-dua mereka untuk menjalankan tugas melakukan kerja-kerja muzik yang bagus," katanya.

Awie berkata, mereka tidak mahu kekalkan bunyi sahaja, tetapi tidak berguna sekiranya permainan tidak bagus.

"Wings akan tampilkan muzik, bunyi dan persembahan yang lebih matang bagi mengekalkan kewujudan dalam arena rock 'n' roll. Jika kekal dengan yang lama bermakna kami kekal di takuk lama. Biar terbuka minda kita untuk teruskan perjuangan dengan apa yang ada sekarang.

"Inilah barisan yang mantap yang saya nak bawakan. Insya-Allah apabila siap album baru nanti kita dapat dengar corak permainan, persembahan kami dengan muzik dan konsep baru yang dipilih," katanya.


________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: