09 July 2022

PELAKON HANIS KAMAL BAKAR LAPOR POLIS SELEPAS DITUDUH BEKAS KEKASIH IRA KAZAR



"Saya mula mendapat tahu selepas beberapa pengikut menyebut nama Ira Kazar ketika saya sedang bersiaran langsung di TikTok. Ada juga yang meninggalkan komen seperti 'Woi ex Ira'.


"Pada waktu itu saya jadi terpinga-pinga. Tapi, saya anggap sahaja ia gambar lama sehingga adik ipar saya berkongsi akaun yang berkongsi video tersebut dengan kapsyen tertulis #HanyaMerekaYangTahu.

"Hal ini amat membimbangkan kerana secara tiba-tiba saya terlibat dengan Ira. Ya, saya baik dengan Uncle Kazar dan kenal Ira sejak kecil. Dan dalam masa sama saya juga baik dengan Puteri Sarah.

"Jadi, saya tidak mahu rosakkan hubungan dengan kedua belah pihak," demikian tutur pelakon Hanis Kamal Bakar apabila terpalit dengan isu Ira Kazar gara-gara tular video dirinya bersama anak kepada pelakon Kazar Saisi dan dituduh pernah bercinta dengan wanita berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Sejak bulan lalu nama Ira Kazar menjadi bualan ramai apabila didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Menerusi satu kenyataan, Hanis berkata tuduhan tersebut membuatkan dia kesal apatah lagi mengenali dan menjaga hubungan baik dengan Ira dan bapanya Kazar selain pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Dalam pada itu, kata pelakon itu lagi dia sudah pun tampil membuat laporan polis kerana fitnah tersebut boleh menjatuhkan kerjaya serta mengganggu perniagaannya.



"Sebab boleh datangkan fitnah, jatuhkan career, rosakkan hubungan saya dengan kedua belah pihak dan juga mengganggu hubungan bisnes saya. Founder produk pun ada tanya saya tentang hal ini. Lagipun, zaman sekarang netizen ni kadang-kadang bila salah faham tak selidik betul-betul, mereka terus kecam," katanya.

Tambah Hanis lagi, jika video tersebut tidak dipadam oleh pengguna TikTok tersebut, dia akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Jika pengguna TikTok itu tidak juga padam video berkenaan, saya boleh merujuk terus kepada SKMM untuk tindakan lanjut. Menurut pegawai polis, saya boleh minta SKMM untuk padam video tanpa memberitahu tuan empunya akaun," ujarnya.



________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: