09 July 2022

FILEM 'MAT KILAU' PAPAR ASKAR SIKH CEDERAKAN ORANG TUA, KANAK-KANAK BUAT PERSATUAN LUAH KESAL



Umum sedia maklum mengenai filem 'Mat Kilau' yang terus mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM61 juta dalam masa 17 hari ditayangkan di pawagam. Namun, disebalik kejayaan tersebut, ada cerita tak sedap didengar mengenai filem arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu.


Terbaru, Persatuan Sikh Malaysia menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook Khamis lalu telah meluahkan rasa kesal berhubung watak askar British daripada kaum Sikh yang dikatakan boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.

Persatuan itu kecewa apabila filem tersebut menggambarkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat. Mereka turut mempersoalkan babak askar Sikh bertindak kasar dengan mencederakan orang tua, kanak-kanak dan golongan tidak berdaya dalam filem berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Filem mengenai tokoh sejarah Mat Kilau tetapi malangnya ia menggambarkan kaum dan agama lain sebagai penjahat. Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum.

"Bahagian ini telah ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik. Walaupun babak kontroversi dalam filem itu adalah fiksyen semata-mata, ia tidak menyenangkan malahan melukakan kami," tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, mereka turut menggesa industri filem Malaysia tidak menghasilkan filem yang mempunyai sentimen agama dan kaum yang boleh menimbulkan salah faham terhadap agama dan kaum.



________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: