22 July 2022

SELAMAT TUNAI HAJI - NELYDIA KINI BERGELAR HAJAH, SUAMI DIPUJI BIMBING ISTERI KE JALAN SYURGA



"Kenangan kami pada Hari Wuquf dibumi Arafah 🤍 Syurgaku.. terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi.


"Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.

"Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu. Aamin YRA 🤍," tulis pelakon Nelydia Senrose yang meluahkan rasa syukur atas keikhlasan serta pengorbanan suaminya, Mohd Hafez Halimi dalam memimpin ke jalan Allah.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri berkenaan, Nelydia yang selamat menjalani ibadah haji itu turut berkongsikan beberapa keping gambar kenangan ketika mengerjakan ibadah haji, wukuf di tanah Arafah.

Perkongsian Nelydia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen suami pelakon itu yang membimbing Nelydia ke arah kebaikan. Malah, ramai yang mendoakan pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga serta segera dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: