22 July 2022

NIKAH MALAM INI - WANY HASRITA MOHON MAAF & DOA



"Alhamdulillah, syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu di muka bumi ini. Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan di fasa yang baru.


"Insya-Allah, Wany akan bernikah malam ini. Jadi, dikesempatan ini Wany ingin mohon maaf andai Wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua.

"Maafkan kami, doakan kami," itulah tulis penyanyi Wany Hasrita apabila dia akan melangsungkan pernikahan malam ini dengan pasangan pilihannya iaitu Al-Adib Fahmi.

Membuat pengumuman tersebut menerusi laman Instagram, Wany juga memohon doa daripada sahabat dan peminat yang mengikutinya di platform media sosial itu supaya perkahwinannya dipermudahkan.

Dalam hantaran sama, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, turut berkongsi tanda pagar #adibwany berserta tarikh hari ini.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: