14 July 2022

"SETIAP KALI JUMPA BERGADUH" - ENGGAN TARIK BALIK TUDUHAN, BEKAS ISTERI MINTA RADHI OAG JANGAN JADIKAN ANAK ALASAN



"Saya tidak akan tarik semula pertuduhan dan biarlah mahkamah selesaikan kes ini. Lebih baik beri kenyataan sudah minta maaf. Cukuplah beri keterangan yang diminta mahkamah sahaja," tutur bekas isteri kepada penyanyi Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu dimana dia enggan menarik semula tuduhan terhadap bekas suaminya dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung kes memukul dan mencederakan diri yang dilakukan oleh penyanyi itu pada April lalu.


Pada 20 April lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri, bagaimanapun penyanyi ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, Radhi mengakui terkilan apabila isu rumah tangga mereka berlarutan sehingga menjadi kes mahkamah. Justeru itu, dia merayu agar bekas isterinya itu menarik semula tuduhan dan berharap ia dapat diselesaikan secara baik demi anak-anak.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ayu, Radhi tidak sepatutnya memanjangkan isu ini dan cukuplah sekadar memberi kenyataan di mahkamah supaya ia boleh diselesaikan segera. Dalam pada itu, Ayu mengakui sukar untuk mereka mencapai kata sepakat kerana sering bergaduh setiap kali berjumpa sebelum ini.

"Macam mana nak selesaikan cara baik kalau setiap kali berjumpa kami bergaduh. Bercakap di telefon pun sama juga. Janganlah guna alasan demi anak-anak. Lebih baik buang ego itu dan perbaiki diri untuk masa depan. Kalau tanya tentang memaafkan, saya tiada komen sebab tidak boleh terima apa yang dia lakukan," ujarnya.

Untuk makluman, Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun. Selepas bercerai, Ayu dan anaknya itu menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: