15 July 2022

HENTI TUGAS DUTA AYAM - ALI PUTEH KECEWA DIPERDAYA, TAK DAPAT BAYARAN



Semua sedia maklum mengenai pelawak Ali Puteh yang dilantik sebagai duta ayam pada April lalu. Namun terkini, adik kepada arwah Abam Bocey itu memaklumkan dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebuah syarikat pembekal ayam.


Ini kerana jelas Ali, dia enggan namanya terlibat dengan penipuan syarikat tersebut terutama membabitkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli. Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas perjanjian yang dipersetujui tidak berjalan seperti yang dirancang.

"Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul. Jujurnya saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya," katanya.

Ali yang juga juri lokasi untuk siri jelajah Awesome Raja Lawak memberitahu, dia juga kesal kerana sudah memberikan sepenuh komitmen selaku duta namun tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.

Katanya, dia juga sudah melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu kerana mahu menumpukan perhatian sebagai duta dan usahawan ayam bersama syarikat itu seperti diminta.

Klik untuk gambar besar



"Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan. Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul," ujarnya.

Menurut Ali, dia juga mempunyai kontrak sah dengan syarikat berkenaan dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan namun tiada jalan penyelesaian. Malangnya, Ali menambah dia tidak menerima sebarang bayaran dan faedah sepanjang bergelar duta meskipun sudah melakukan beberapa komitmen.

"Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan. Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.

"Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa," tuturnya lagi.

Terdahulu, Ali menafikan menjalankan perniagaan itu untuk membayar saman ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah.


________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: