"Saya minta maaf sebab bukan tidak mahu bagi respon, tetapi sekarang anak-anak dimasukkan ke hospital. Jadi fokus saya kepada mereka. Anak-anak demam teruk.
"Jadi saya tidak boleh respon apa-apa, minta maaf ya," itulah kata isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah ketika ditanya berhubung penularan video melibatkan suaminya dengan pelakon Intan Najuwa dimana mereka berpelukan sehingga tular di media sosial.
Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, menjelaskan dia dan suami tidak mempunyai sebarang niat untuk melarikan diri daripada memberi kenyataan berhubung isu tersebut.
Bella sebaliknya berkata, ketika ini tumpuan adalah terhadap dua cahaya mata mereka, Muhammad Ayden Adrian, 5 dan Ara Adreanna, 2, yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital akibat demam panas.
Klik untuk gambar besar
Pada Khamis lalu, tular video memperlihatkan Aliff berpelukan dengan Intan ketika sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodohku Babysitter dipercayai di Genting Highlands.
Video itu mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan kedua-dua pelakon itu berpelukan meskipun dalam sebuah drama. Bagaimanapun, Intan dalam reaksinya memberitahu perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia dilakukan atas dasar kerja.
Sebelum ini, usaha media mendapatkan respon Aliff berhubung isu itu tidak berjaya apabila penyanyi berasal dari Singapura itu tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej yang dihantar kepadanya.
________ IKLAN ________
JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.
Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!
Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.
Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher pembelian barangan pertama secara percuma...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment