15 July 2022

LEPAS TEMPOH ROYALTI TAMAT - KARYA P RAMLEE JADI 'DOMAIN AWAM'



"Jika tempoh perlindungan hak cipta yang sedia ada tidak dapat dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 70 tahun, karya-karya Allahyarham P Ramlee akan memasuki domain awam dan tidak lagi tertakluk kepada perlindungan hak cipta yang mewajibkan obligasi pembayaran royalti bagi penggunaan karya-karya itu.


"Malah, lagu-lagu Allahyarham yang masih lagi segar berkumandang di dalam dan luar negara akan menjadi satu kerugian besar kepada negara, rakyat Malaysia serta waris-waris Allahyarham sendiri," jelas kenyataan yang dikeluarkan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu.

MACP menyifatkan peranan yang dimainkannya dalam menangani isu berhubung karya-karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang hampir tamat tempoh perlindungan hak cipta amat genting.

Menerusi kenyataan tersebut, badan pengutip royalti berdaftar itu menjelaskan sekiranya tempoh perlindungan hak cipta yang sedia ada tidak dapat dilanjutkan, maka karya-karya Allahyarham akan memasuki domain awam.

Justeru, isu yang diketengahkan oleh MACP berhubung lanjutan tempoh perlindungan hak cipta ini adalah tertakluk kepada pindaan dalam Akta Hak Cipta 1987 serta kelulusan dasar kerajaan.

Klik untuk gambar besar



Dalam kenyataan tersebut, dijelaskan juga bahawa MACP perlu mengusulkan lanjutan pembayaran royalti kepada waris-waris Allahyarham sehingga ke peringkat yang memerlukan keputusan polisi kerajaan bagi mempertimbangkan perlindungan hak cipta khususnya bagi karya muzik, rakaman bunyi dan filem arwah untuk dilanjutkan menjadi 70 tahun.

Terdahulu, MACP mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi isu penamatan perlindungan hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang tempoh matangnya akan berakhir tahun depan apabila mencecah 50 tahun.

Ia susulan luahan hati anak Allahyarham P Ramlee iaitu Sazali, 63, yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini bakal tamat tahun depan. Untuk makluman, Sazali yang mendirikan rumah tangga dengan isteri, Hamidah Hitam tidak dikurniakan cahaya mata.

"Kalau duit royalti sudah tiada kehidupan saya dan isteri akan susah. Selama ini, saya bergantung hidup dengan duit royalti itu untuk buat beli barangan dapur, pengangkutan ke hospital, rawatan fisio kaki yang cedera akibat kemalangan, temujanji dengan doktor setiap tiga bulan kerana menghidap asma dan darah tinggi serta penyakit tulang belakang yang dihidapi isteri," katanya.



________ IKLAN ________

JUALAN HEBAT SHOPEE BERTERUSAN, JOM SHOPPING SEKARANG... Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee. Malah lebih banyak hadiah dan voucher ditawarkan untuk anda.

Selain itu, pelbagai barangan berharga turut ditawarkan dengan potongan harga terendah. Siapa cepat dia dapat..!!

Semuanya dihujung jari anda. Ada juga cabutan bertuah sebuah motor Vespa baru dan kepingan emas padu.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama secara percuma...

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: