14 July 2022

"SAYA TIADA SHARE SATU SEN..." - AFDLIN SHAUKI AKHIRNYA SOKONG PENUTUPAN KELAB KOMEDI, JIJIK DENGAN LAWAK HINA AGAMA



Nampaknya pelawak dan pengarah Datuk Afdlin Shauki akhirnya menyokong penutupan sementara sebuah kelab komedi yang sebelum ini hangat diperkatakan, selepas sebelum ini tidak bersetuju sehingga menerima kecaman.


Menerusi satu entri di laman Instagram, Afdlin sekerasnya mengecam perbuatan menghina agama di pentas lawak. Afdlin berkata meskipun hanya segelintir berbuat demikian namun dia membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kelab komedi itu.

"Berdasarkan info-info yang terkini yang telah di beri kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

"Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah. Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club! Walaupun sokongan saya sebelum ni hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakkan nya mempunyai lawak yg berkualiti dan tak menghina sesiapa.

"Sekarang ni nasihat saya pada pelawak-pelawak stendap cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ni takkan settel awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka di sabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.

Klik untuk gambar besar



"Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa di lindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah. Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang di terima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abg tak boleh lagi menyokong agar crackhouse terus di buka. Sekian," katanya.

Diruangan komen entri itu, pelawak Shahrol Shiro turut meninggalkan komen memohon maaf kepada Afdlin kerana kelantangan dia bersuara sebelum ini ada terkasar bahasa dan mengguris persahabatan mereka.

"Alhamdulillah, syukur bila abang sudah tersedar. Ternyata seperti kenyataan abang ini sebab serangan politik dan ingin melakukan pembunuhan karakter abang tidak benar sama sekali. Ini adalah mengenai isu agama yang dijadikan bahan ‘stand up’ komedi yang telah melepasi garisan sepatutnya hingga jatuh kepada penghinaan.

"Tahniah kerana telah meletakkan kepentingan agama di hadapan. Jom kita buat 'report' agar tindakan tegas diambil. Terima kasih abang. Mohon maaf jika terkasar bahasa dan mengguris persahabatan kita," tulisnya.



Terdahulu, Afdlin dan Shahrol saling berbalah pendapat di media sosial mengenai penutupan sementara Crackhouse Comedy Club susulan kontroversi wanita membuka baju dan didakwa menghina agama Islam.

Sementara itu, menerusi program The Amin Idris Show di Facebook malam tadi, Afdlin menjawab segala persoalan mengenai kontroversi terpalit dirinya itu. Menjawab pertanyaan Amin, Afdlin berkata dia tidak mempunyai sebarang kepentingan atau 'share' dalam kelab komedi sebaliknya hanya kasihannya mereka yang mencari rezeki di situ.

"Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ. Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu," ujarnya.

Jelas Afdlin lagi, dia pernah dua kali masuk ke Crackhouse dan mendapati tiada konten yang keterlaluan mahupun melampau ketika berada di situ.

"Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan. Memang tiada konten-konten yang teruk dan menghina. Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah.

"Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol. Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki," katanya.

Ditanya mengenai pengasas bersama kelab tersebut iaitu Rizal Van Geyzel yang kerap mencetus isu perkauman dalam persembahannya, Afdlin bersetuju jika pelawak itu dikenakan tindakan.

"Jika mereka salah humban dalam jel. Saya tak tahu menahu tentang konten dia. Dia pernah dulu bekerja dengan saya semasa zaman program A Ha! Masa itu dia baru bermula. Tapi saya tak tahu bila masa dia buka kelab ini. Saya cakap satu benda sahaja. Kepada pelawak-pelawak, kau buat, kau berani tanggung. Jadi kalau didapati salah, ambil tindakan. Kalau tak salah, terserah pada mahkamah.

"Pada saya apabila saya dapat informasi, saya rasa tak adil dikata tempat itu orang menghina Islam. Yang ditonjolkan satu dua sahaja. Yang beratus lagi konten yang baik bagaimana?" tuturnya yang turut berkata jika dia mengetahui awal mengenai hal sebenar, pasti dia tidak akan berada di posisi yang sama ketika ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: