30 July 2022

TAMPIL BERHIJAB SEBAIK PULANG DARI TUNAI HAJI - NELYDIA SENROSE DIPUJI



Pelakon Nelydia Senrose dan suaminya, Mohd Hafez Halimi difahamkan sudah pun selamat pulang ke tanah air selepas selamat menjalani ibadah haji baru-baru ini. Terkini, tular perkongsian seorang netizen di aplikasi TikTok mengenai imej berhijab Nelydia selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji.


Menerusi video yang dikongsikan, Nelydia dilihat anggun memakai sepasang jubah serta tudung bawal berwarna hijau lembut dalam satu majlis kesyukuran sempena selamat tiba dari Mekah.

Netizen turut memuji wajah pelakon itu yang semakin berseri selepas menunaikan rukun Islam yang ke-5 itu. Rata-rata netizen memuji kecantikan pelakon itu serta gembira dengan imej sopan Nelydia yang sangat cantik dan lebih ayu.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini akan terus kekal istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: