26 July 2022

TAMPIL BERTUDUNG - ISTERI CAPRICE TERIMA PUJIAN, SELAIN DIMINTA KURANGKAN MENARI



Penyanyi rap Caprice baru-baru ini ada meluahkan rasa gembira dengan penampilan terbaru isterinya, Farra Inalis yang kini tampil berhijab dan lebih menutup aurat.


Menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprice ada memuat naik video isterinya mengikutinya ke mesyuarat pembangunan dua aplikasi Islamik.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur isteri penyanyi rap itu yang seronok menari dihujung video meskipun sudah tampil berhijab.

Meskipun ramai yang memuji perubahan isteri Caprice itu, namun ada yang berharap agar Farra perlahan-lahan atau berhenti dari melakukan konten menari.

Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar Farra kekal berhijab serta memuji ibu kepada seorang cahaya mata itu sememangnya cantik bertudung.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: