27 July 2022

BILA ZIZI MINTA SUAMI BELIKAN KUDA HITAM ARAB, TAK MAHU BEG ATAU KASUT MAHAL



"Saya dah cakap dengan Yusof, saya tak nak beg mahal-mahal... saya nak kuda je. Saya tak nak beg ke kasut mahal ke saya nak kuda je... dia cakap InsyaAllah dia usahakan, yes! Kuda Arab la... sebab dia tough, solid lebih kurang macam itu...


"Jadi saya memang pasang impian nak beli kuda Arab insyaAllah warna hitam," itulah kata penyanyi Zizi Kirana dimana dia ada memasang impian untuk memiliki seekor kuda serta pernah menyatakan hasratnya itu kepada suami, pelakon Yusof Bahrin.

Kebiasaannya kaum wanita mahukan hadiah beg tangan mahal daripada suami, namun berbeza buat Zizi. Berkongsikan mengenai jenis kuda yang menjadi pilihannya, Zizi berkata dia mahukan kuda daripada baka berasal dari Arab dan berwarna hitam.

Untuk makluman, Yusof dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: