27 July 2022

KEJAYAAN 'MAT KILAU' - PUTERI SARAH UCAP TAHNIAH KEPADA MOHD SYAMSUL & PASUKAN



"Saya nak ucapkan tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga pasukan Mat Kilau kerana saya tahu macam mana proses mereka 'shooting' (penggambaran) dulu. Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah (anak kedua) ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke lokasi penggambaran beri sokongan.


"Saya tahu proses yang dilalui mereka ketika penggambaran termasuk masalah di lokasi dan proses suntingan pun dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Berbanyak tahniah kepada semua pelakon, pasukan dan kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.

Klik untuk gambar besar



"Kepada penerbit iaitu Studio Kembara, tahniah!" tutur pelakon Puteri Sarah yang mengucapkan tahniah kepada suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof atas pencapaian filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan', meskipun berdepan kemelut rumah tangga.

Filem 'Mat Kilau' mendapat kutipan mencipta fenomena apabila mendapat kutipan RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan, sekaligus menjadi filem dengan kutipan tertinggi di negara ini, mengatasi 'Avengers: End Game' yang mengutip RM87 juta dan 'Munafik 2'.

Puteri Sarah berkata dia melihat kepayahan yang dilalui pasukan filem itu sepanjang menyiapkan filem berkenaan. Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata kejayaan yang diraih filem itu adalah berkat doa dan sokongan orang ramai.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: