26 July 2022

"TERIMA KASIH BAGI SAYA TUMPANG KASIH..." - VIDA RAPAT DENGAN ANAK-ANAK SHUIB, NETIZEN HARAP BERJODOHAN



Menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida baru-baru ini ada berkongsikan video memaparkan pelawak Shuib Sepahtu dan anak-anak melawatnya di Ipoh, Perak.


Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat hubungan rapat Vida dan anak-anak Shuib serta melayan seperti darah dagingnya sendiri. Vida turut menulis kapsyen mengatakan mengenai hubungannya dengan Shuib serta anak-anak sememangnya sangat akrab.

Malah, Vida turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana mengizinkannya untuk menumpang kasih dengan anak-anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin.

Klik untuk gambar besar



"Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin. Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. @shuibsepahtu," tulisnya.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap Vida dan Shuib bertemu jodoh serta mengatakan mereka nampak sesuai.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sebak melihat hubungan baik yang terjalin antara anak-anak Shuib dan Vida kerana seolah merindui ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah. Kata netizen lagi, Vida juga pernah kehilangan dua anaknya dan mereka sama-sama pernah merasa kehilangan.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: