26 July 2022

AL-FATIHAH - IBU CHIWAN CHILOK DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada pelawak dan pelakon Chiwan Chilok atas pemergian ibunya, Rokiah Salam yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.05 pagi semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.


Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri menerusi laman Instagram miliknya.

"Mak saya baru meninggal dunia pukul 11.05 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Fatihah Rokiah Bt Salam," tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian rakan pelawak, Sharif Zero yang memuat naik sekeping foto di ruangan Instagram stories, arwah ibu Chiwan dilaporkan telah selamat dikebumikan sebelum solat asar.

Klik untuk gambar besar



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa duka selain turut mendoakan semoga ibu Chiwan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sebelum ini, Chiwan pernah memaklumkan ibunya itu terpaksa ditidurkan berikutan masalah jangkitan kuman pada paru-parunya. Malah, ibunya juga dikatakan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana keadaannya yang sangat lemah.

Terdahulu, Chiwan juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Ood yang bertanding di program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-3. Selain Chiwan, kumpulan Ood turut dibarisi dua anggota lain iaitu Man Raja Lawak dan Zahid Baharudin.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: