26 July 2022

MASIH SAYANG & CINTA, TAPI SERA HANYA ANGGAP SHUK KAWAN



"Peluang kedua? Saya tak tahu nak cakap perkara ni sebab ke depan macam mana. Tapi saya dengan dia okay sebagai kawan. Dalam masa sekarang ini tak boleh jamin. Untuk satu tahun ni, tak. Macam tu lah.


"Kalau ditanya ada rasa sayang tak, mestilah saya sayang dan cintakan dia, tapi tulah kawan sahaja macam tu. Saya tidak ada rasa lain," demikianlah kata Rossa Sera yang tidak boleh menjanjikan peluang kedua buat suaminya, pelawak Shuk Sahar, apatah lagi sudah hampir lima tahun dia memendam rasa terhadap sikap Shuk.

Selepas bertahun berdepan isu kecurangan, nampaknya kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya seperti sudah berada di penghujung. Kata Sera, dia juga tidak boleh menjanjikan peluang kedua buat suaminya itu apatah lagi sudah hampir lima tahun dia memendam rasa terhadap sikap Shuk.

Ditanya adakah dia masih sayang dan cintakan suaminya itu, Sera berkata hanya sebagai kawan sahaja. Dalam pada itu, Sera berkata dia tidak pernah menghalang Shuk bertemu dengan anak-anak mereka sebaliknya memberi kebebasan.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ditanya ada rasa sayang tak, mestilah saya sayang dan cintakan dia, tapi tulah kawan sahaja macam tu. Saya tidak ada rasa lain. Anak-anak memang dengan saya. Cuma masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari Shuk ada pergi jumpa anak di Sabah.

"Hubungan anak-anak dengan Shuk saya beri kebebasan, tidak ada had. Memandangkan Shuk sudah menetap di Pulau Pinang, jadi setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur dia boleh saja melawat dan berjumpa anak-anak. Pendek kata hubungan anak-anak dengan Shuk tidak ada masalah," ujarnya.

Bagaimanapun, apabila diminta untuk menjelaskan mengenai status perkahwinan mereka, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Asshaferah enggan mengulas lanjut.

"Maaf, saya tak boleh jawab yang ini. Saya minta maaf," tuturnya yang mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: