26 July 2022

WANY HASRITA TERPIKAT LAWAK KARTUN SUAMI - NETIZEN 'BITTER'



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Wany Hasrita dimana dia mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan jejaka pilihan hati, Mohd Al-Adib Fahmi yang merupakan seorang juruterbang.


Lebih mengejutkan, berita pernikahan itu diumumkan oleh Wany kepada umum beberapa jam sebelum bergelar isteri. Difahamkan, Wany mengenali Adib sejak tahun 2010 serta memberitahu suaminya memikat dirinya dengan membuat lawak kartun sahaja.

Ada yang tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut, namun ada yang kurang senang dengan perkongsian Wany itu serta 'bitter' apabila penyanyi itu bersuamikan seorang juruterbang.

Klik untuk gambar besar



Seperti perkongsian tular seorang individu ini yang mengatakan Wany boleh menerima lawak tersebut kerana suaminya seorang pilot, namun jika lelaki itu tiada rupa belum tentu akan dilayan.

Perkongsian individu berkenaan itu dikecam oleh netizen lain yang mengatakan mungkin individu berkenaan iri hati dengan jodoh penyanyi itu. Malah, ada netizen tidak bersetuju dengan perkongsian individu itu kerana sudah jodoh antara mereka.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Wany dan suaminya sepadan apatah lagi penyanyi itu juga mempunyai taraf pendidikan yang baik serta bebas daripada kontroversi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: