25 July 2022

PUTERI SARAH: "SEKARANG CLUB DAH BUKA BALIK, JAGA-JAGA... NANTI ADA ORANG TERSNAP GAMBAR, DAH VIRAL BALIK"



Pelakon Puteri Sarah Liyana baru-baru ini ada memuat naik perkongsian di Insta Story dimana dia seolah memberi peringatan kepada individu yang didakwa sering ke kelab hiburan.


Menerusi entri itu, Puteri Sarah memberi pesanan kepada individu yang berbuat demikian supaya melihat sekeliling bimbang ada yang mengambil gambar dan menularkan di media sosial.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa atau mungkin ianya sekadar peringatan kepada umum. Perkongsian Puteri Sarah itu telah menjadi perhatian ramai.

"Sekarang club dah buka balik. Kalau pergi tu jaga-jaga. Tengok kanan, kiri jangan nanti ada orang tersnap gambar. Dah viral balik. Lepastu jaga-jaga dekat club ramai orang. Takut terkena Covid.#sekadarperingatan," tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas memuat naik hantaran didakwa berunsur fitnah. Bagaimanapun, individu itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu serta tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berkaitan pelakon itu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: